Mutiara Kata

Janganlah kita berkecil hati andai kata orang lain salah faham dengan kita, Tuhan tahu apa yang kita lakukan :-)

Saturday, November 10, 2012

Kenapa tak boleh ?





Saya tidak memahami akan kenapa  abah dan emak agak 'menyekat' kami adik beradik daripada membesar dengan kemewahan dan kemanjaan meski pun mereka mempunyai harta yang lebih dan mencukupi untuk kami hidup dengan 'lebih selesa' daripada masyarakat sekeliling di kampung. 

Rupa-rupanya kepayahan dan 'sekatan' yang diiringi kasih sayang inilah yang banyak membentuk kami agar
 
berjaya menjadi 'manusia' yang agak 'berbeza' daripada suasana sekeliling.

Ramai generasi abah dan emak yang berjaya mendidik anak-anak mereka berdasarkan formula didikan Islam yang 'simple' meskipun mereka sendiri tidaklah berpendidikan setinggi mana di zaman mereka jika dibandingkan dengan ibu ayah di zaman ini.

Saya membuat kesimpulan bahawa formula mendidik anak-anak dengan kemanjaan dan kasih-sayang harus diaduni secukupnya dengan ketegasan dan 'susah-payah' agar mereka memiliki jati diri yang tinggi dan ketahanan jiwa untuk meredahi apa jua cabaran hidup di masa depan.

Ku doakan untuk  abah dan emak dan generasi mereka yang lain... Semoga semua dikurniakan Syurga Firdausi bersama para syuhada', siddiqin dan para solihin disana nanti. Amin, Ya Rabbal aalamin....






No comments:

Post a Comment