Saya tidak memahami akan kenapa abah dan
emak agak 'menyekat' kami adik beradik daripada membesar dengan kemewahan dan
kemanjaan meski pun mereka mempunyai harta yang lebih dan mencukupi untuk kami
hidup dengan 'lebih selesa' daripada masyarakat sekeliling di kampung.
Rupa-rupanya kepayahan dan 'sekatan' yang
diiringi kasih sayang inilah yang banyak membentuk kami agar
berjaya menjadi
'manusia' yang agak 'berbeza' daripada suasana sekeliling.
Ramai generasi abah dan emak yang berjaya mendidik anak-anak mereka
berdasarkan formula didikan Islam yang 'simple' meskipun mereka sendiri
tidaklah berpendidikan setinggi mana di zaman mereka jika dibandingkan dengan
ibu ayah di zaman ini.
Saya membuat kesimpulan bahawa formula mendidik anak-anak dengan kemanjaan dan
kasih-sayang harus diaduni secukupnya dengan ketegasan dan 'susah-payah' agar
mereka memiliki jati diri yang tinggi dan ketahanan jiwa untuk meredahi apa jua
cabaran hidup di masa depan.
Ku doakan untuk abah dan emak dan generasi mereka yang lain...
Semoga semua dikurniakan Syurga Firdausi bersama para syuhada', siddiqin dan para
solihin disana nanti. Amin, Ya Rabbal aalamin....