Saya tidak memahami akan kenapa abah dan
emak agak 'menyekat' kami adik beradik daripada membesar dengan kemewahan dan
kemanjaan meski pun mereka mempunyai harta yang lebih dan mencukupi untuk kami
hidup dengan 'lebih selesa' daripada masyarakat sekeliling di kampung.
Rupa-rupanya kepayahan dan 'sekatan' yang
diiringi kasih sayang inilah yang banyak membentuk kami agar
berjaya menjadi
'manusia' yang agak 'berbeza' daripada suasana sekeliling.
Ramai generasi abah dan emak yang berjaya mendidik anak-anak mereka
berdasarkan formula didikan Islam yang 'simple' meskipun mereka sendiri
tidaklah berpendidikan setinggi mana di zaman mereka jika dibandingkan dengan
ibu ayah di zaman ini.
Saya membuat kesimpulan bahawa formula mendidik anak-anak dengan kemanjaan dan
kasih-sayang harus diaduni secukupnya dengan ketegasan dan 'susah-payah' agar
mereka memiliki jati diri yang tinggi dan ketahanan jiwa untuk meredahi apa jua
cabaran hidup di masa depan.
Ku doakan untuk abah dan emak dan generasi mereka yang lain...
Semoga semua dikurniakan Syurga Firdausi bersama para syuhada', siddiqin dan para
solihin disana nanti. Amin, Ya Rabbal aalamin....
Islam tidak pernah menegah perkahwinan sepupu atau
saudara-mara selain daripada kaum kerabat yang termasuk dalam kategori mahram.
Mahram ialah ibu, nenek, anak perempuan, kakak, ibu saudara sebelah ibu dan
bapa, ibu tiri, anak saudara, anak tiri, anak atau ibu susuan, ibu mertua, adik
perempuan seibu sebapa dan sebagainya. (Rujuk Surah al-Nisak, ayat 23).
Sepupu tidak termasuk dalam kategori mahram dan tidak haram
dikahwini. Rasulullah s.a.w pernah mengahwini sepupunya sendiri, iaitu Zainab
binti al-Jahsy. Baginda juga pernah mengahwinkan anak baginda, iaitu Fatimah
binti Muhammad dengan sepupu baginda, iaitu Ali bin Abu Thalib. Perkara yang
sama diamalkan oleh ramai di kalangan para sahabat baginda.
ohh..itulah alasannya..so, boleh la kan kahwin dengan sepupu.. :-)
BOY : Dik! kira dik...
DIK : Makan apa bang?
BOY : Nasi goreng biasa dengan ais kosong
GIRL : Saya punya nasi goreng thai dengan fresh orange.
DIK : Sekali ka bang?
BOY : Tak tak, asing-asing.
GIRL : Awk ni tak gentlemen langsung...
BOY : Laaa bila masa saya kata nak belanja awak makan?
GIRL : Memang la awak x cakap. tapi boyfriend kan kena belanja girlfriend dia.
BOY : Siapa cakap kena buat mcm tu?
GIRL : Tak ada orang cakap tapi dah itu kan kebiasaan. Lumrah. Semua couple
macam tu la.
BOY : Owh... Kalau mcm tu saya ni luar biasa sikit la. Awak bukan tanggungjawab
saya lagi. Habiskan duit untuk awak beribu-ribu pun belum tentu awak akan
kahwin dengan saya lagi.
GIRL : ................ hhhmmmm......
* Bkn kerana GIRL makan n.gorng thai n fresh oren..Nk
kata mhal..x la mahal sgt..BOY blh jew byr..tp disbbkan GIRL...........
kn2?? apa kta cik kak cik abg..tp ble d fikirkan btol jgak cara BOY tu..
GIRL pon kena fhm2 la ye.. :-)