Islam tidak pernah menegah perkahwinan sepupu atau
saudara-mara selain daripada kaum kerabat yang termasuk dalam kategori mahram.
Mahram ialah ibu, nenek, anak perempuan, kakak, ibu saudara sebelah ibu dan
bapa, ibu tiri, anak saudara, anak tiri, anak atau ibu susuan, ibu mertua, adik
perempuan seibu sebapa dan sebagainya. (Rujuk Surah al-Nisak, ayat 23).
Sepupu tidak termasuk dalam kategori mahram dan tidak haram
dikahwini. Rasulullah s.a.w pernah mengahwini sepupunya sendiri, iaitu Zainab
binti al-Jahsy. Baginda juga pernah mengahwinkan anak baginda, iaitu Fatimah
binti Muhammad dengan sepupu baginda, iaitu Ali bin Abu Thalib. Perkara yang
sama diamalkan oleh ramai di kalangan para sahabat baginda.
ohh..itulah alasannya..so, boleh la kan kahwin dengan sepupu.. :-)
No comments:
Post a Comment