Mutiara Kata

Janganlah kita berkecil hati andai kata orang lain salah faham dengan kita, Tuhan tahu apa yang kita lakukan :-)

Saturday, November 10, 2012




Tuduhan palsu memang menyakitkan tetapi ia tidak memberi kesan. Lambat laun Allah padamkan...
Sabar seketika utk bahagia yang abadi.... 
dan....
Bersederhana tiap ketika.... 
Hidup indah sentiasa.... 
Tiada luka tiada kecewa.



Kenapa tak boleh ?





Saya tidak memahami akan kenapa  abah dan emak agak 'menyekat' kami adik beradik daripada membesar dengan kemewahan dan kemanjaan meski pun mereka mempunyai harta yang lebih dan mencukupi untuk kami hidup dengan 'lebih selesa' daripada masyarakat sekeliling di kampung. 

Rupa-rupanya kepayahan dan 'sekatan' yang diiringi kasih sayang inilah yang banyak membentuk kami agar
 
berjaya menjadi 'manusia' yang agak 'berbeza' daripada suasana sekeliling.

Ramai generasi abah dan emak yang berjaya mendidik anak-anak mereka berdasarkan formula didikan Islam yang 'simple' meskipun mereka sendiri tidaklah berpendidikan setinggi mana di zaman mereka jika dibandingkan dengan ibu ayah di zaman ini.

Saya membuat kesimpulan bahawa formula mendidik anak-anak dengan kemanjaan dan kasih-sayang harus diaduni secukupnya dengan ketegasan dan 'susah-payah' agar mereka memiliki jati diri yang tinggi dan ketahanan jiwa untuk meredahi apa jua cabaran hidup di masa depan.

Ku doakan untuk  abah dan emak dan generasi mereka yang lain... Semoga semua dikurniakan Syurga Firdausi bersama para syuhada', siddiqin dan para solihin disana nanti. Amin, Ya Rabbal aalamin....






Sunday, October 28, 2012

"Kahwin dengan Sepupu" boleh ke?



Islam tidak pernah menegah perkahwinan sepupu atau saudara-mara selain daripada kaum kerabat yang termasuk dalam kategori mahram. Mahram ialah ibu, nenek, anak perempuan, kakak, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, ibu tiri, anak saudara, anak tiri, anak atau ibu susuan, ibu mertua, adik perempuan seibu sebapa dan sebagainya. (Rujuk Surah al-Nisak, ayat 23).
Sepupu tidak termasuk dalam kategori mahram dan tidak haram dikahwini. Rasulullah s.a.w pernah mengahwini sepupunya sendiri, iaitu Zainab binti al-Jahsy. Baginda juga pernah mengahwinkan anak baginda, iaitu Fatimah binti Muhammad dengan sepupu baginda, iaitu Ali bin Abu Thalib. Perkara yang sama diamalkan oleh ramai di kalangan para sahabat baginda.

ohh..itulah alasannya..so, boleh la kan kahwin dengan sepupu.. :-)



Friday, October 5, 2012

Thursday, October 4, 2012

"LUCK"



   "Gagal sekali bukan GAGAL selamanya"
teruskan mencuba untuk mendapatkan yang lebih baik..

:-)

Tuesday, April 3, 2012

BeTuL kE LeLaKi Nie x GenTleMAN..???







AT RESTORAN MAKBUL TTDI JAYA.. hehe..

BOY : Dik! kira dik...
DIK : Makan apa bang?
BOY : Nasi goreng biasa dengan ais kosong
GIRL : Saya punya nasi goreng thai dengan fresh orange.
DIK : Sekali ka bang?
BOY : Tak tak, asing-asing.
GIRL : Awk ni tak gentlemen langsung...
BOY : Laaa bila masa saya kata nak belanja awak makan?
GIRL : Memang la awak x cakap. tapi boyfriend kan kena belanja girlfriend dia.
BOY : Siapa cakap kena buat mcm tu?
GIRL : Tak ada orang cakap tapi dah itu kan kebiasaan. Lumrah. Semua couple macam tu la.
BOY : Owh... Kalau mcm tu saya ni luar biasa sikit la. Awak bukan tanggungjawab saya lagi. Habiskan duit untuk awak beribu-ribu pun belum tentu awak akan kahwin dengan saya lagi.
GIRL : ................ hhhmmmm......

* Bkn kerana GIRL  makan n.gorng thai n fresh oren..Nk kata mhal..x la mahal sgt..BOY blh jew byr..tp disbbkan  GIRL........... kn2??  apa kta cik kak cik abg..tp ble d fikirkan btol jgak cara BOY tu.. GIRL pon kena fhm2 la ye.. :-)